Si Tukang Kate Followers

Friday, December 16, 2011

Pisau Lipat =,=

SUATU hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah uiversiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah.
  Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum!
  Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa dan siswi yang lalai meninggalkan pisau lipatnya.
  "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu. Tak ada sorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu meninggikan suaranya.
  "Ayuh cepat! Mengaku aje la, lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa punya pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
  Senyap! Masih tiada jawapan dari pelajar lain. "Kerana tidak ada yang jujur mahu mengakui kesalahannya, maka saya akan panggil namanya!" kata senior itu dengan tegas.
  Para-para pelajar lain semua nya diam. Masing-masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.
  Lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang menyebut nama pemilik pisau itu...

  "STAINLESS STEEL!!CEPAT KELUAR!!!!"




*motif kisah ini fikir dulu sebelum berkate-kate..                        *jangan ikot kan perasaan
  HAHAHAHARR..

No comments: