ADA orang mengatakan apabila melihat kura-kura melintas jala membawa petanda kemarau akan tiba! Begitu juga apabila melihat langau berterbangan, ada seseorang akan meninggal dunia! Ada juga pendapat yang mengatakan apabila melihat udang kecil berlompatan di bawah cucur atap petanda banjir besar akan berlaku! Bahkan, apabila terdengar cengkerik menciap lebih cepat itu membawa alamat suhu panas makin meningkat!
Benarkah, binatang, mergastua dan unggas dapat memberikan alamat tertentu sebagai persediaan awal kepada manusia menghadapi malapetaka? Memang munasabah, jika haiwan-haiwan ini mendapat tahu lebih awal sesuatu alamat mengenai perubahan cuaca dan iklim. Secara logiknya, binatang akan resah apabila sesuatu malapetaka akan berlaku kerana ia menyusahkan mereka! Kita tidak boleh menafikan sejak berkurun-kurun lalu, petani dan penggembala yang rapat dengan haiwan menyedari haiwan-haiwan lebih tahu apabila ada sesuatu musibah bakal berlaku.
Ahli-ahli alamiah telah mengumpul pelbagai bukti dan maklumat tingkah laku haiwan yang diyakini membawa petanda tertentu. Berikut pemerhatian pakar-pakar alamiah yang dikumpul dalam sebuah buku Weather Lore : A Collection Of Proverbs Saying And Rules Concerning The Weather karya Richard Inwards pertama kali diterbitkan pada tahun 1893.
- Bila binatang akan berkumpul, petanda hujan akan turun.
- Apabila kucing bersin, tanda hujan akan turun.
- Bila kuda memanjangkan lehernya dan menghidu udara, hujan akan menyusul
- Bila keldai meringkik, petanda hari itu akan akan hujan.
- Jika kelawar berbunyi dan terbang ke dalam rumah, hari akan hujan.
- Di Barat apabila, ayam Belanda yang bertenggek atas pokok dan tidak mahu turun menandakan salji akan turun.
- Tiga atau empat burung murai yang terbang bersama-sama dan mengeluarkan bunyi yang kuat petanda cuaca berangin.
- Ikan lumba-lumba timbul di pelabuhan menandakan ribut akan melanda.
- Buih udara keluar pada kepah menandakan hujan akan turun.
- Bila cacing kalimantang bercahaya, cuaca panas dan kering akan menyusul.
- Lebih kuat bunyi katak, lebih banyak hujan akan turun.
- Penyengat membina sarang di tempat terbuka menandakan musim panas telah tiba.
- Apabila labah-labah bekerja keras dan memintal sarang petanda angin kencang bakal bertiup. Labah-labah tidak boleh memintal ketika angin mula bertiup.
- Lalat hinggap di hidung anda, kemudian menepis dan lari. Jika lalat itu datang lagi membawa petanda ANDA TAK MANDI!!HAHAHAHAHARR~~
No comments:
Post a Comment