Si Tukang Kate Followers

Tuesday, December 27, 2011

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Salam 1Blogger STK Hari Nie Nak Kongsi Cerite Dari Ape Yang STK Bace..Korang Jangan Nak Menggelibas Lak...Ini Hanye Kajian Sahaje :p
  Orang tue tue ade cakap, rupe paras bukan ukuran. Yang penting keiklasan serte kejujuran nilai kasih sayang dalam satu perhubungan mestilah ade sebelum kite memilih seseorang jadi teman hidup kite..
  Tapi lain pulak ape yang dari STK bace.. Khabarnye gadis cantik mampu memberikan tahap kesihatan yang baik untuk seorang lelaki.(awek aku bace ni kompom aku kene kitai)

  Ia membuktikan menerusi kajian University Of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

  Hormon testoteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan juga bertindak untuk memberi tenaga.
  Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia dan tempoh hubungan.
  Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat sraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap  kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat,anggota badan pun akan terasa lebih sihat.
  Kajian yang diketuai oleh Dr. James Roney itu telah melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 hingga 24 tahun yang di temukan dengan wanita cantik dan yang mampu memikat hati.
 Selang beberapa minit pertemuan, air liur respondan diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.


  Di sini satu fakta menarik dapat dikenal pasti. Hanya dalam masa lima minit perbualan dengan wanita cantik, tahap testosteron lelaki akan meningkat hingga 14% manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48%.
  Berbeza pula apabila responden responden tersebut bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya didapati menutun sehingga 7%.
  Kesimpulannya, semasa lelaki bertemu bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut.
  Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan memberi kesegaran yang nyata kepada tubuh badan.
  Mungkin lepas ade yang bace artikel ni, ramai lelaki yang gune alasan nak kawin dengan perempuan cantik demi menjage kesihatan laaa erkk!..HAHA..

Friday, December 23, 2011

Kisah & Nyanyian Sung Bong Choi Yang Mampu Buat Anda Menangis

   Sung Bong Choi merupakan salah seorang peserta Korea Got Talent. Kisahnya, Dia ditinggalkan di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun, kemudian melarikan diri ketika berusia 5 tahun akibat didera.
   Sung Bong Choi mempunyai kehidupan yang amat berbeza dengan kanak-kanak yang pernah seusia dengannya. Dia menanggung kehidupannya dengan menjual gula-gula getah dan air bertenaga selama 10 tahun. Selama itu juga die tidur di tepi jalan dan di tandas.
   Walaupun hanya menjual gula-gula getah dan air bertenaga serta tinggal di tempat yang tidak pernah saya dan anda semua bayangkan, namun die masih mampu masuk ke sekolah sehingga tamat pengajian tinggi.
    Nyata kisah Sung Bong Choi menyentuh hati dan perasaan para juri yang sememangnya mudah tersentuh dengan perkara-perkara macam ni.                                                    
   Dia yang menyanyikan lagu berjudul Nella Fantasia telah membuat ramai yang mengeluarkan air mata.








Wednesday, December 21, 2011

DUA KALI TERKENA BOM ATOM

Seorang lelaki tua berusia 93 tahun dinobatkan sebagai satu-satunya orang yang mampu bertahan dari peristiwa bom atom Hiroshima dan Nagasaki Jepun pada akhir Perang Dunia II 1945. Tsutomu Yamaguchi tecatat sebagai satu-satunya orang dalam sejarah yang mampu hidup dalam dentuman bom atom dahsyat yang mampu membunuh ratusan ribu orang itu. Sebelumnya, Yamaguchi sudah mendapat sijil "hibakusha" yang diberikan bagi orang yang mampu bertahan dari radiasi bom atom di Nagasaki 9 Ogos 1945.

Pejabat kota Nagasaki mengatakan, tiga hari sebelumnya atau 6 Ogos 1945, dia berada di Hiroshima untuk uruskan bisnes. Saat itu pasukan Amerika Syarikat menjatuhkan bom atom dari pesawat B-29 di kota itu.Yamahguchi menderita luka terbakar yang parah di bahagian atas tubuhnya namun hanya menghabiskan waktu satu malam di kota itu untuk kembali ke Nagasaki.
   
   Malangnya, dia pulang saat yang tidak tepat, kerana pasukan AS telah menjatuhkan bom kedua di kota kelahirannya. Pejabat kota Nagasaki Toshiro Miyamoto berkata, setakat ini Yamaguchi diketahui sebagai  mangsa yang  selaat pada dua pemboman Hiroshima dan Nagasaki. Jepang merupakan satu-satunya negara di dunia yang mendapat serangan bom atom.Sekitar 140,000 orang mati di Hiroshima dan  70,000 mati di Nagasaki.


Monday, December 19, 2011

Penjual Ayam Goreng Bertangan Kebal??!

Seorang penjual ayam goreng di Thailand,namanya Kann Trichan mempunyai sepasang tangan yang kebal kerana die tidak perlu menggunakan sebarang alatan memasak dalam proses menggoreng ayamnya sebaliknya hanya menggunakan tangan sahaja..Pergh!!!!

Jangan tidak tahu, Kann Trichan juga pemegang Rekod Guiness dimana die berjaya mengangkat 20 ketol ayam goreng dari kuali berisi minyak panas dalam masa seminit.Ada sesiapa yang berani untuk memecahkan rekod Kann Trichan dengan melihat gambar-gamber sewaktu die menggoreng ayam jualannya kat bawah ni.. :p
 


      PERHATIAN!!JANGAN MENCUBE AKSI INI DI DAPUR ANDA..HAHAHA!!

Misteri Kubah Mesjid Nabawi Madinah

Sebuah mukjizat yang telah terjadi sekitar 90tahun yang ..Seseorang telah berusaha untuk menghancurkan Kubah Masjid Nabi Muhammad SAW,Masjid an-Nabawi di mana di dalamnya terdapat makam Nabi Muhammad SAW.
  
Namun,ketika orang itu memanjat kubah dan memulai menghancurkannya,
tiba-tiba sebuah kilat menyambarnya dan dia mati serta merta!!Tidak ada seorangpun yang mampu memindahkan mayat tersebut dari atas kubah tersebut.Dikisahkan pula,seorang soleh dari Madinah telah berminpi beliau mendengar satu suara yang mengatakan bahwa "tidak ada seorangpun yang boleh mengangkat (memindahkan) mayat tersebut dari kubah.Hal itu sebagai sebuah peringatan dan pengajaranbagi mereka yang berpikir dan berusaha untuk menghancurkannya di masa mendatang!"


Akhirnya,mayat tersebut tetap beradadi atas kubah dan ditutupi dengan kotak hijau agar tidak terlihat oleh orang


Sunday, December 18, 2011

Di Manakah Kekuatan Harimau...

ADA orang kata, kekuatan harimau terletak pada kukunya sebab sekali libas saja, mangsanya boleh mati. Ada pula yang kata kekuatan harimau terletak pada taringnya, sebab sekali gigit saja,terus putus. Tapi dicelah-celah perdebatan ini, tidak kurang juga yang memberi pandangan, bahawa kekuatan harimau terletak pada suaranya,bukan pada kuku dan taringnya. Ini kerana, sesiapa pun kalau mendengar bunyi ngauman harimau,mesti cabut lari,walaupun belum sempat nampak bayang lagi...


   Sebenarnya suara gema raja rimba mampu didengari sejuah 10 kilometer.Ini memang menggerunkan apabila berkumandang di dalam hutan belantara.Gema ini telah membuatkan haiwan lain menggigil ketakutan walaupun harimau berada jauh 10 km daripadanya.
   Kelebihan memiliki suara yang garau dan tubuh yang gagah membolehkan harimau menumbangkan musuhnya yang lebih besar melalui psikologi gema suara.Bayangkan,hanya berketinggian lebih kurang 1.5 meter dan seberat 200kilogram.harimau boleh menumbangkan seekor seladang yang lebih besar dan lebih kuat darinya.Selain memiliki kekuatan tubuh badan, Harimau juga memiliki penglihatan yang tajam dan pendengaran yang jelas.Dua kelebihan deria ini digunakan untuk membantu dirinya mengatur langkah di dalam hutan walau dalam kepekatan malam.
   Ini kerana matanya disokong oleh "tapetum lucidum" iaitu sejenis struktur pembiasan cahaya yang membiaskan semula cahaya matahari yang terkumpul pada waktu malam.

   Selain mempunyai penglihatanyang tajam,sentuhan kakinya pula peka terhadap struktur permukaan bumi.Ini membantu harimau bergerak di dalam gelap (navigate in darkness),mengesan kehadiran bahaya (detact danger) dan menjejak mangsa (attack pray).


FAKTA HARIMAU:

  • Harimau kedua terbesar dalam keluarga kucing selepas singa.
  • Anak harimau mula diajar memburu mangsa oleh harimau betina,bukan harimau jantan.
  • Menggunakan lidah untuk mengesan bau mangsa buruan selepas gagal memjejakinya.Lidah juga digunakan untuk mengasan arah.
  • Mempunyai penglihatan malam yang lebih jelas.
  • Memburu mangsa secara bersendirian dan tidak seperti singa yang memburu secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat ekor.
  • Mampu menjejak mangsa hingga beberapa kilometer.
  • Tidak memakan bangkai dan hanya memakan  daging yang diburu sahaja.
  • Jangka hayat harimau mampu bertahan selama 10 hingga 15 tahun berbanding manusia yang boleh mencecah 75tahun.
  • Harimau memiliki empat jari di kaki depan danlima jari di kaki belakang.
  • Anak harimau yang baru lahir tidak mempunyai penglihatan (buta) dan hanya seberat 1 kg.
  • Anak harimau hanya berada di samping ibunya sehingga memcecah usia empat tahun,kemudian mula mencari makanan sendiri.
  • Harimau boleh berenang dengan baik namun agak perlahan berbanding anjing.
  • Tabiat makan harimau memang pelik.Ia akan makan daging sebanyak 40kg dan tidak akan makan pada keesokan harinya.


   Jadi walaupun,harimau terkenal sebagai haiwan yang ganas dan pemarah namun,haiwan ini mampu dijinakkan kerana ia boleh diasuh agar tidak mengenali sifat-sifat asalnya sebagai pemburu yang hebat.Namun begitu,buat masa ini,belum ada lagi harimau jinak ini yang boleh di bawa tinggal serumah seperti kucing.Ini kerana sifat ganas haiwan ini tetap ada dan ia boleh menyarang jika terkejut.

Friday, December 16, 2011

Pisau Lipat =,=

SUATU hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah uiversiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah.
  Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum!
  Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa dan siswi yang lalai meninggalkan pisau lipatnya.
  "Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu. Tak ada sorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu meninggikan suaranya.
  "Ayuh cepat! Mengaku aje la, lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa punya pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
  Senyap! Masih tiada jawapan dari pelajar lain. "Kerana tidak ada yang jujur mahu mengakui kesalahannya, maka saya akan panggil namanya!" kata senior itu dengan tegas.
  Para-para pelajar lain semua nya diam. Masing-masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.
  Lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang menyebut nama pemilik pisau itu...

  "STAINLESS STEEL!!CEPAT KELUAR!!!!"




*motif kisah ini fikir dulu sebelum berkate-kate..                        *jangan ikot kan perasaan
  HAHAHAHARR..

Haiwan Resah Membawa Petanda!

ADA orang mengatakan apabila melihat kura-kura melintas jala membawa petanda kemarau akan tiba! Begitu juga apabila melihat langau berterbangan, ada seseorang akan meninggal dunia!                    Ada juga pendapat yang mengatakan apabila melihat udang kecil berlompatan di bawah cucur atap petanda banjir besar akan berlaku! Bahkan, apabila terdengar cengkerik menciap lebih cepat itu membawa alamat suhu panas makin meningkat! 
   Benarkah, binatang, mergastua dan unggas dapat memberikan alamat tertentu sebagai persediaan awal kepada manusia menghadapi malapetaka? Memang munasabah, jika haiwan-haiwan ini mendapat tahu lebih awal sesuatu alamat mengenai perubahan cuaca dan iklim. Secara logiknya, binatang akan resah apabila sesuatu malapetaka akan berlaku kerana ia menyusahkan mereka! Kita tidak boleh menafikan sejak berkurun-kurun lalu, petani dan penggembala yang rapat dengan haiwan menyedari haiwan-haiwan lebih tahu apabila ada sesuatu musibah bakal berlaku.

Ahli-ahli alamiah telah mengumpul pelbagai bukti dan maklumat tingkah laku haiwan yang diyakini membawa petanda tertentu. Berikut pemerhatian pakar-pakar alamiah yang dikumpul dalam sebuah buku Weather Lore : A Collection Of Proverbs Saying And Rules Concerning The Weather karya Richard Inwards pertama kali diterbitkan pada tahun 1893.

  • Bila binatang akan berkumpul, petanda hujan akan turun.
  • Apabila kucing bersin, tanda hujan akan turun.
  • Bila kuda memanjangkan lehernya dan menghidu udara, hujan akan menyusul
  • Bila keldai meringkik, petanda hari itu akan akan hujan.
  • Jika kelawar berbunyi dan terbang ke dalam rumah, hari akan hujan.
  • Di Barat apabila, ayam Belanda yang bertenggek atas pokok dan tidak mahu turun menandakan salji akan turun.
  • Tiga atau empat burung murai yang terbang bersama-sama dan mengeluarkan bunyi yang kuat petanda cuaca berangin.
  • Ikan lumba-lumba timbul di pelabuhan menandakan ribut akan melanda.
  • Buih udara keluar pada kepah menandakan hujan akan turun.
  • Bila cacing kalimantang bercahaya, cuaca panas dan kering akan menyusul.
  • Lebih kuat bunyi katak, lebih banyak hujan akan turun.
  • Penyengat membina sarang di tempat terbuka menandakan musim panas telah tiba.
  • Apabila labah-labah bekerja keras dan memintal sarang petanda angin kencang bakal bertiup. Labah-labah tidak boleh memintal ketika angin mula bertiup.
  • Lalat hinggap di hidung anda, kemudian menepis dan lari. Jika lalat itu datang lagi membawa petanda ANDA TAK MANDI!!HAHAHAHAHARR~~  
   TERPULANG KEPADA ANDA PERCAYA ATAU MENGANGGAPNYA SEBAGAI KARUT!!!
 

Wednesday, December 14, 2011

7 Punca Kenapa Anda Jadi Pelupa

Salam & Salam Sejahtera Blogger.STK nak kongsi punca-punca anda or STK sendiri jadi pelupa.Kita sering terlupa tetapi tidak tahu kenapa boleh terjadi sedemikian.Tak kira usia.Samaada golongan tua ataupun yang masih muda sering mengalami gejala ini.Mari kita lihat penyebab kita lupa :



1) REHAT YANG KURANG
Otak akan sihat jika kita dapt tidur yang muncukupi.Hasil Kajian Mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.Oleh itu,pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup.Amalkan tidur selama 6minit jika berasa terlalu letih.Cara ini bolh memacukan daya ingatan anda.

2) BERDENGKUR
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur.Disebabkan itu.oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat.Ini dapat menyebabkan sel-sel otak "KELAPARAN" sekaligus akan melemahkan daya ingatan.Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki.Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun.Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

3)UMUR LEBIH DARI 65 TAHUN
Pada usia ini,badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan.Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (ALZHEIMER).Oleh itu,bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun,cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

4)DEPRESSION ((Kemurungan))
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu.Malah jika depression yang dialami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.|

5)MENGAMBIL PIL TIDUR DAN PIL ALERGI
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu.Ubat ini juga bolh menyebabkan fungsi otak terganggu.Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.Selain itu,pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.


                                                             

6)KADAR GULA DALAM DARAH TINGGI
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu.Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darahuntuk mengetahui kandungan gula dalam darah.Selain itu rajinlah anda besenam.Cegah lebih bagus dari berubat.

7)PENURUNAN METABOLISME
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun,Hormon tiroid ini mengawal
metabolisme tubuh.Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disimpan kepada otak.


*Sekian Terima Kasih ^^

Penulis Buku Crayon Shin Chan Meninggal

Suatu berita yang menyedihkan apabila dapat mengetahui yang penulis buku siri kegemaran ramai termasuk STK juga Crayon Shin Chan meninggal dunia terjatuh ketika beliau menjalani aktiviti pendakian.

Penulis buku tersebut Yoshito Usui meninggal pada usia 51 tahun.

Yoshito Usui dilaporkan hilang selama seminggu sebelum die ditemui mati.Menurut polis,Yoshito Usui meninggal dunia kerana kegagalan paru-parunya..