Si Tukang Kate Followers

Tuesday, December 27, 2011

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Salam 1Blogger STK Hari Nie Nak Kongsi Cerite Dari Ape Yang STK Bace..Korang Jangan Nak Menggelibas Lak...Ini Hanye Kajian Sahaje :p
  Orang tue tue ade cakap, rupe paras bukan ukuran. Yang penting keiklasan serte kejujuran nilai kasih sayang dalam satu perhubungan mestilah ade sebelum kite memilih seseorang jadi teman hidup kite..
  Tapi lain pulak ape yang dari STK bace.. Khabarnye gadis cantik mampu memberikan tahap kesihatan yang baik untuk seorang lelaki.(awek aku bace ni kompom aku kene kitai)

  Ia membuktikan menerusi kajian University Of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

  Hormon testoteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan juga bertindak untuk memberi tenaga.
  Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia dan tempoh hubungan.
  Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat sraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap  kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat,anggota badan pun akan terasa lebih sihat.
  Kajian yang diketuai oleh Dr. James Roney itu telah melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 hingga 24 tahun yang di temukan dengan wanita cantik dan yang mampu memikat hati.
 Selang beberapa minit pertemuan, air liur respondan diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.


  Di sini satu fakta menarik dapat dikenal pasti. Hanya dalam masa lima minit perbualan dengan wanita cantik, tahap testosteron lelaki akan meningkat hingga 14% manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48%.
  Berbeza pula apabila responden responden tersebut bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya didapati menutun sehingga 7%.
  Kesimpulannya, semasa lelaki bertemu bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut.
  Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan memberi kesegaran yang nyata kepada tubuh badan.
  Mungkin lepas ade yang bace artikel ni, ramai lelaki yang gune alasan nak kawin dengan perempuan cantik demi menjage kesihatan laaa erkk!..HAHA..

4 comments:

Fairosza said...

untunglaa bini awek cun...

Miss Butterfly said...

gua tak cantik. okbai

Honey Kumicky said...

pena bc nie kat majalah Rapi gak..

mang btl la 2..

bdw...Honey x cntik..msti kwn2 Honey x sihat bila jmpa Honey..heehee...

Si Tukang Kate said...

tu pandangan mate honey.
pandangan mate lelaki pulak cmne ^^