Si Tukang Kate Followers

Sunday, December 18, 2011

Di Manakah Kekuatan Harimau...

ADA orang kata, kekuatan harimau terletak pada kukunya sebab sekali libas saja, mangsanya boleh mati. Ada pula yang kata kekuatan harimau terletak pada taringnya, sebab sekali gigit saja,terus putus. Tapi dicelah-celah perdebatan ini, tidak kurang juga yang memberi pandangan, bahawa kekuatan harimau terletak pada suaranya,bukan pada kuku dan taringnya. Ini kerana, sesiapa pun kalau mendengar bunyi ngauman harimau,mesti cabut lari,walaupun belum sempat nampak bayang lagi...


   Sebenarnya suara gema raja rimba mampu didengari sejuah 10 kilometer.Ini memang menggerunkan apabila berkumandang di dalam hutan belantara.Gema ini telah membuatkan haiwan lain menggigil ketakutan walaupun harimau berada jauh 10 km daripadanya.
   Kelebihan memiliki suara yang garau dan tubuh yang gagah membolehkan harimau menumbangkan musuhnya yang lebih besar melalui psikologi gema suara.Bayangkan,hanya berketinggian lebih kurang 1.5 meter dan seberat 200kilogram.harimau boleh menumbangkan seekor seladang yang lebih besar dan lebih kuat darinya.Selain memiliki kekuatan tubuh badan, Harimau juga memiliki penglihatan yang tajam dan pendengaran yang jelas.Dua kelebihan deria ini digunakan untuk membantu dirinya mengatur langkah di dalam hutan walau dalam kepekatan malam.
   Ini kerana matanya disokong oleh "tapetum lucidum" iaitu sejenis struktur pembiasan cahaya yang membiaskan semula cahaya matahari yang terkumpul pada waktu malam.

   Selain mempunyai penglihatanyang tajam,sentuhan kakinya pula peka terhadap struktur permukaan bumi.Ini membantu harimau bergerak di dalam gelap (navigate in darkness),mengesan kehadiran bahaya (detact danger) dan menjejak mangsa (attack pray).


FAKTA HARIMAU:

  • Harimau kedua terbesar dalam keluarga kucing selepas singa.
  • Anak harimau mula diajar memburu mangsa oleh harimau betina,bukan harimau jantan.
  • Menggunakan lidah untuk mengesan bau mangsa buruan selepas gagal memjejakinya.Lidah juga digunakan untuk mengasan arah.
  • Mempunyai penglihatan malam yang lebih jelas.
  • Memburu mangsa secara bersendirian dan tidak seperti singa yang memburu secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat ekor.
  • Mampu menjejak mangsa hingga beberapa kilometer.
  • Tidak memakan bangkai dan hanya memakan  daging yang diburu sahaja.
  • Jangka hayat harimau mampu bertahan selama 10 hingga 15 tahun berbanding manusia yang boleh mencecah 75tahun.
  • Harimau memiliki empat jari di kaki depan danlima jari di kaki belakang.
  • Anak harimau yang baru lahir tidak mempunyai penglihatan (buta) dan hanya seberat 1 kg.
  • Anak harimau hanya berada di samping ibunya sehingga memcecah usia empat tahun,kemudian mula mencari makanan sendiri.
  • Harimau boleh berenang dengan baik namun agak perlahan berbanding anjing.
  • Tabiat makan harimau memang pelik.Ia akan makan daging sebanyak 40kg dan tidak akan makan pada keesokan harinya.


   Jadi walaupun,harimau terkenal sebagai haiwan yang ganas dan pemarah namun,haiwan ini mampu dijinakkan kerana ia boleh diasuh agar tidak mengenali sifat-sifat asalnya sebagai pemburu yang hebat.Namun begitu,buat masa ini,belum ada lagi harimau jinak ini yang boleh di bawa tinggal serumah seperti kucing.Ini kerana sifat ganas haiwan ini tetap ada dan ia boleh menyarang jika terkejut.

No comments: