Si Tukang Kate Followers

Friday, August 5, 2011

Membeli Kereta Dengan Duit Syiling Di China

60 000 Yuan Tunai.. sah?


Di Bandar Xinjuang di provinsi Shaanxi,seorang lelaki datang ke sebuah kedai kereta untuk membeli sebuah kereta jenama Chery. Masalahnya beliau membawa 60,000 yuan (RM 28 000) dalam bentuk duit syiling. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Wang membawa beribu-ribu keping wang syiling didalam guni tepung. Kenapa guni tepung? Kerana beliau seorang penjual tepung secara. Wang syiling yang dibawanya ialah wang penjualan tepung dikedai beliau setiap hari. LOL. Secara keseluruhan berat duit yang dibawa beliau ialah 300 KG! Wang yang dibawa adalah terdiri dari syiling 1 Yuan, 50 sen dan 10 sen. Syiling yang berguni-guni itu kemudian terpaksa dibawa ke sebuah bank untuk dikira. Malang bagi Wang, hanya sebuah bank menerima wang beliau untuk dikira itupun mereka hanya bersetuju mengira hingga 15 000 dahulu. Persoalan yang timbul dikepala kamu ialah


"Kenapa bayar cash? Siapa beli kereta secara cash?"


Di China 90% pembelian kereta dijalankan secara tunai. No seriously. Budaya orang di China memang begitu. Kereta dibeli hanya bila wang berjaya dikumpulkan oleh pembeli. Maybe it got something to do with the old Communist economic system. Pembelian secara pinjaman bank yang kita rasa normal tidak wujud di China selama berdekad lamanya sehingga walaupun sudah berlaku liberalisasi ekonomi di China tabiat lama zaman komunis tegar kekal.


1 comment:

Nikmat Nikmut said...

Mugkin Korang Dah Penah Dengar Pasal Ni.
Aku Saje Je Nak FRASH BACK..