Si Tukang Kate Followers

Friday, July 12, 2013

Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ?

Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ? | AGENSI Pentadbiran Angkasa dan Aeronautics Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menerima satu permohonan unik dari seorang kanak-kanak British berumur 7 tahun untuk memohon kebenaran untuk mengikuti program angkasa lepas NASA dan menjadi angkasawan.


Tetapi, pastinya kita tahu kanak-kanak berumur tujuh tahun pastinya terlalu muda untuk dihantar ke angkasa lepas.
Bagaimanapun, Dexter Anderson tidak mengendahkan kenyataan itu dan terus menghantar surat kepada NASA tetapi lebih kepada bertanyakan nasihat bagaimana untuk menjadi seorang angkasawan apabila beliau sudah dewasa kelak.
Dalam suratnya bertulis,
“Saya dengar anda menghantar dua orang ke planet Marikh dan saya juga ingin turut serta tetapi saya berumur tujuh tahun dan saya tidak mampu, saya berminat untuk mengikutinya di masa depan, apa yang perlu saya lakukan ya untuk menjadi angkasawan?”
Tulisan asal.
‘I heard that you are sending two people into Mars and I would like to come, but I’m seven so I can’t,’ he wrote. ‘I would like to come in the future. What do I need to do to become an astronaut?’

Kanak-kanak itu gembira selepas NASA membalas suratnya dan menasihatinya supaya terus bercita-cita tinggi sehinga sanggup mencapai bintang.
Pihak NASA turut menghantar beberapa jenis pelekat, poster dan juga penanda buku untuk memastikan semangat Dexter terus kuat untuk menjadi angkasawan.

bu kanak-kanak itu, Katrina berkata reaksi Dexter begitu terkejut kerana menerima satu bungkusan yang amat besar dari NASA dan menyangka anaknya itu hanya akan menerima surat dari NASA.
Bagi pihak NASA pula, mereka mencuba sedaya-upaya untuk menjawab sebanyak mana soalan yang boleh melalui pos dan laman sosial.

Kanak-kanak British, mengidam untuk ke angkasa lepas seawal umur tujuh tahun, anak-anak kita sibuk buat video dah bercinta seminggu, bagaimana arah tujuan kita nanti??


Wednesday, September 19, 2012

KARA Promot K-Food


19 Sep - Dengan perlantikan ahli-ahli baru ini KARA menjadi duta K-Food (Korea Food), ia telah mendedahkan bahawa mereka telah mula melaksanakan tugas wakil mereka melalui food event kecil-kecilan.
 
Laman web Kpopstarz melaporkan bahawa kumpulan gadis ini membuka restoran "One Day" di tempat makanan kecil di Banpo-dong, Seoul dan di bantu para pelajar antarabangsa, sukarelawan remaja dan peminat.
 
Kumpulan ini menjemput 11 orang pelajar antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong dan Kanada untuk menikmati pelbagai makanan Korea bahawa mereka sendiri telah masak dan sediakan - memaparkan pelbagai perisa Korea.
 
KARA juga menjelaskan pelbagai jenis makanan untuk tetamu mereka dan bertukar-tukar idea dan pendapat dari mereka tentang hidangan. Salah seorang ahli KARA menyatakan, "Ia adalah hanya untuk masa yang singkat, tetapi kita gembira kerana kita dapat menyebarkan kesedaran yang lebih luas tentang Korea Food@Makanan Korea."
 
Lebih banyak aktiviti promosi adalah kini dalam perancangan untuk kumpulan ini untuk menyebarkan Korea Food di negara-negara lain di Asia, termasuk promosi video dan iklan kempen. 

Thursday, September 13, 2012

Usain Bolt Bermain Untuk Man.United Tahun Depan?

USAIN Bolt, peminat fanatik Manchester United (MU) telah ditawarkan untuk bermain di kelab itu sekali gus memenuhi impian zaman kanak-kanaknya.

Lelaki terpantas dunia, Bolt sering menyatakan hasrat menerusi Twitter untuk bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bolt mahu pemain MU Rio Ferdinand melakukan satu ujian untuknya di Old Trafford.

Bolt telah menyaksikan perlawanan MU menentang Fullham. Dia telah pergi ke padang untuk menunjuk-nunjuk pingat emas Olimpiknya kepada ribuan penonton.
Pengurus MU, Sir Alex Ferguson telah membayangkan Bolt sememangnya boleh beraksi bersama kelab gergasi itu.

“Dia merupakan peminat fanatik United, namun lebih menarik sekiranya dia menyertai permainan amal,” kata Ferguson.
“Ini mungkin perancangan tahun depan, apabila sekali lagi kita menurunkan pemain-pemain legenda Real Madrid. Ketika itu, kita boleh melihat prestasi dia ketika itu,” katanya lagi.
Ferguson yang merupakan peminat Bolt telah menyifatkan persembahan beliau di Olimpik London bulan lalu sebagai “luar biasa.” – SinarHarian click sini

Wednesday, August 29, 2012

Penangan PSY, Sindrom "Gangnam Style"

Dunia hiburan ketika ini dilanda fenomena PSY . Atau lebih tepat,  sekarang ni ramai yang dah diserang sindrom “oppa gangnam style”.Termasuklah Admin sendiri.

Impresif, gara-gara koreografi single tersebut, PSY bukan saja dah ‘merasuk’ Admin, bahkan sepertimana yang ramai tahu, menerusi Gangnam Style, PSY telah berjaya meraih lebih 50 juta penonton di YouTube (dalam masa 3 hari). Sekaligus lagu itu menduduki tangga no.2 (dibelakang  Carly Rae Jepsen’s menerusi lagu Call Me Maybe) dalam carta muzik YouTube. Serta mendapat liputan pelbagai media dunia seperti CNN dan The Huffington Post.



Lihat Video Ini : 





Dan tenyata, populariti yang dikecapi empunya nama penuh Park Jae-Sang ni, di seluruh dunia menerusi single hitsnya tu menjadikan rapper sensasi kelahiran Korea Selatan ni berjaya mengaut lebih US$10 juta (RM31 juta) sehingga hari ini.
Tolak darab campur bahagi, pendapatan yang diraih single Gangnam Style melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satunya bernilai mencecah lebih US$400,000 dan sekarang ni PSY mempunyai 10 kontrak. Pehhh!
Manakala konsert Summer Stand beliau yang berlangsung pada 11 Ogos lalu berjaya membawa masuk lebih 3 juta USD ke dalam poket PSY. Itu baru satu konsert. Kaya… kaya… kaya!
Sementara penjualan lagu dan album terbaru PSY yang memuatkan single Gangnam Style berjaya mengutip hampir US$800,000 dan selebihnya datang dari aktiviti seni berkaitan.
Perkembangan lain, dalam pada khabaranya ramai yang iri hari dengan kejayaan PSY, ramai juga yang nak bekerjasama dengan dengan penyanyi berusia 34 ni.
Difahamkan pengurus kepada penyanyi remaja sensasi Justin Bieber, Scooter Braun telah berjumpa dengan PSY dan kemungkinan besar mereka akan berkerjasama menghasilkan ‘sesuatu’ dalam masa terdekat ini. Berduet dengan Justin Bieber kah? Tunggu…
Beberapa hari lalu, T-Pain juga telah menunjukkan minatnya mahu berkolaborasi dengan PSY. Rapper popular Amerika ni meluahkan keiinginan tersebut di laman Twitternya.

Tweet PSY kepada T-Pain pada 24 Ogos lalu:


Tak lama kemudian T-Pain respon: 



Seorang lagi penyanyi popular Amerika, Nelly Furtado juga ikut sama terkena sindrom ‘oppa gangnam style’. Penyanyi yang popular dengan lagu I’m Like A Bird ni telah membuat persembahan istimewa menari alaGangnam Style sewaktu di konsertnya di Manila, baru-baru ini. Sempoi.


 

Samsung Bayar Saman Apple USD 1 Billion Guna Syiling 5 Sen Sebanyak 30 Trak!

Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California.
Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.


Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.
Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.
Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.
Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.