19 Sep - Dengan perlantikan ahli-ahli baru ini KARA menjadi duta K-Food (Korea Food), ia telah mendedahkan bahawa mereka telah mula melaksanakan tugas wakil mereka melalui food event kecil-kecilan.
Laman web Kpopstarz melaporkan bahawa kumpulan gadis ini membuka restoran "One Day" di tempat makanan kecil di Banpo-dong, Seoul dan di bantu para pelajar antarabangsa, sukarelawan remaja dan peminat.
Kumpulan ini menjemput 11 orang pelajar antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong dan Kanada untuk menikmati pelbagai makanan Korea bahawa mereka sendiri telah masak dan sediakan - memaparkan pelbagai perisa Korea.
KARA juga menjelaskan pelbagai jenis makanan untuk tetamu mereka dan bertukar-tukar idea dan pendapat dari mereka tentang hidangan. Salah seorang ahli KARA menyatakan, "Ia adalah hanya untuk masa yang singkat, tetapi kita gembira kerana kita dapat menyebarkan kesedaran yang lebih luas tentang Korea Food@Makanan Korea."
Lebih banyak aktiviti promosi adalah kini dalam perancangan untuk kumpulan ini untuk menyebarkan Korea Food di negara-negara lain di Asia, termasuk promosi video dan iklan kempen.