Si Tukang Kate Followers

Thursday, September 13, 2012

Usain Bolt Bermain Untuk Man.United Tahun Depan?

USAIN Bolt, peminat fanatik Manchester United (MU) telah ditawarkan untuk bermain di kelab itu sekali gus memenuhi impian zaman kanak-kanaknya.

Lelaki terpantas dunia, Bolt sering menyatakan hasrat menerusi Twitter untuk bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bolt mahu pemain MU Rio Ferdinand melakukan satu ujian untuknya di Old Trafford.

Bolt telah menyaksikan perlawanan MU menentang Fullham. Dia telah pergi ke padang untuk menunjuk-nunjuk pingat emas Olimpiknya kepada ribuan penonton.
Pengurus MU, Sir Alex Ferguson telah membayangkan Bolt sememangnya boleh beraksi bersama kelab gergasi itu.

“Dia merupakan peminat fanatik United, namun lebih menarik sekiranya dia menyertai permainan amal,” kata Ferguson.
“Ini mungkin perancangan tahun depan, apabila sekali lagi kita menurunkan pemain-pemain legenda Real Madrid. Ketika itu, kita boleh melihat prestasi dia ketika itu,” katanya lagi.
Ferguson yang merupakan peminat Bolt telah menyifatkan persembahan beliau di Olimpik London bulan lalu sebagai “luar biasa.” – SinarHarian click sini

No comments: