Si Tukang Kate Followers

Wednesday, August 29, 2012

Penangan PSY, Sindrom "Gangnam Style"

Dunia hiburan ketika ini dilanda fenomena PSY . Atau lebih tepat,  sekarang ni ramai yang dah diserang sindrom “oppa gangnam style”.Termasuklah Admin sendiri.

Impresif, gara-gara koreografi single tersebut, PSY bukan saja dah ‘merasuk’ Admin, bahkan sepertimana yang ramai tahu, menerusi Gangnam Style, PSY telah berjaya meraih lebih 50 juta penonton di YouTube (dalam masa 3 hari). Sekaligus lagu itu menduduki tangga no.2 (dibelakang  Carly Rae Jepsen’s menerusi lagu Call Me Maybe) dalam carta muzik YouTube. Serta mendapat liputan pelbagai media dunia seperti CNN dan The Huffington Post.



Lihat Video Ini : 





Dan tenyata, populariti yang dikecapi empunya nama penuh Park Jae-Sang ni, di seluruh dunia menerusi single hitsnya tu menjadikan rapper sensasi kelahiran Korea Selatan ni berjaya mengaut lebih US$10 juta (RM31 juta) sehingga hari ini.
Tolak darab campur bahagi, pendapatan yang diraih single Gangnam Style melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satunya bernilai mencecah lebih US$400,000 dan sekarang ni PSY mempunyai 10 kontrak. Pehhh!
Manakala konsert Summer Stand beliau yang berlangsung pada 11 Ogos lalu berjaya membawa masuk lebih 3 juta USD ke dalam poket PSY. Itu baru satu konsert. Kaya… kaya… kaya!
Sementara penjualan lagu dan album terbaru PSY yang memuatkan single Gangnam Style berjaya mengutip hampir US$800,000 dan selebihnya datang dari aktiviti seni berkaitan.
Perkembangan lain, dalam pada khabaranya ramai yang iri hari dengan kejayaan PSY, ramai juga yang nak bekerjasama dengan dengan penyanyi berusia 34 ni.
Difahamkan pengurus kepada penyanyi remaja sensasi Justin Bieber, Scooter Braun telah berjumpa dengan PSY dan kemungkinan besar mereka akan berkerjasama menghasilkan ‘sesuatu’ dalam masa terdekat ini. Berduet dengan Justin Bieber kah? Tunggu…
Beberapa hari lalu, T-Pain juga telah menunjukkan minatnya mahu berkolaborasi dengan PSY. Rapper popular Amerika ni meluahkan keiinginan tersebut di laman Twitternya.

Tweet PSY kepada T-Pain pada 24 Ogos lalu:


Tak lama kemudian T-Pain respon: 



Seorang lagi penyanyi popular Amerika, Nelly Furtado juga ikut sama terkena sindrom ‘oppa gangnam style’. Penyanyi yang popular dengan lagu I’m Like A Bird ni telah membuat persembahan istimewa menari alaGangnam Style sewaktu di konsertnya di Manila, baru-baru ini. Sempoi.


 

No comments: