Si Tukang Kate Followers

Thursday, September 22, 2011

Patut ke lelaki merajuk?? ==' ft

Kalau perempuan yang merajuk mungkin sudah menjadi perkara biasa kepada kita. Lumrahnya wanita berjiwa lembut dan inginkan perhatian sedari kecil lagi. Tetapi bagaimana pula kalau kaum adam yang kuat merajuk terutamanya dengan kekasih? Kalau boleh siap minta dipujuk, kononnya lelaki manja. HEHEHEHE!!!
Pada saya tak salah lelaki merajuk, sebab seego-ego kaum ini, mereka sebenarnya tetap mempunyai perasaan sensitif terhadap sesuatu perkara. Jadi jangan terkejut kalau terdengar ada diantara mereka ini manjanya sampai ketahap mengeluarkan air mata bila tersentuh.
Kalau mereka sekadar bermasam muka dalam 2-3 hari sebagai bantahan kepada hal yang tidak disukainya, ringankan mulut dan tangan meminta maaf dan memujuknya. Biasalah lelaki nie pun manusia biasa jugakan? Tentunya sama seperti yang lain.
Itu pandangan saya secara peribadi, kalau nak ditambah dengan suara-suara sumbang kat luar lagi dahsyat. Seribu satu alasan dan gelak ketawa dilontar kepada golongan manja ini. Ada yang kata kaum adam yang suka merajuk tidak macho-lah, jiwa lembut, hati taman dan jiwang karat. Hah tudia.. cantik punya ayat bukan, bersepah semuanya boleh menggugurkan ego si lelaki. Lebih sadis ada pendapat mengatakan lelaki yang suka merajuk sebenarnya bukan lelaki tulen. Auww !! Bikin Panasssss..
Oh.. mungkin sebab itu, kaum lelaki sekarang ini jarang sekali merajuk. Sebab takutkan ayat seperti yang telah saya katakan tadi melekat dibadan mereka. Walau apapun andaian, setiap orang mempunyai pandangan tersendiri mengenai persoalan ini kan? Jadi apa kata anda kongsikan bersama saya perlukah lelaki merajuk dan persepsi anda.

2 comments:

zimi said...

x slh pn klo lelaki merajuk..perasaan kn hak milik stiap insan...

Azan Bin Khairuddin said...

btol2..
tu aku stuju. ^^